Wednesday, August 19, 2009

Adat Perkahwinan kaum Murut di Sabah

Adat istiadat majlis perkahwinan orang Murut lazimnya akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Kelazimannya upacara perkahwinan dilangsungkan selama lima hari berturut-turut. Tiga hari yang pertama dijalankan di rumah pengantin perempuan manakala hari selebihnya dilangsungkan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan memakai pakaian asli gadis Murut dan berhias cantik pada hari tersebut. Sekumpulan gadis yang dikenali sebagai tambuloi dipertanggungjawabkan untuk menghias pengantin perempuan. Setelah bersiap, pengantin perempuan duduk di dalam sebuah bilik khas yang ditabiri beberapa helai kain dari jenis yang mahal. Seterusnya, ibu bapa pengantin lelaki akan masuk untuk membawa menantu mereka keluar. Tetapi sebelum itu, mereka perlu membayar harga kain yang menabiri pintu bilik tersebut dengan nilai yang telah dibuat dengan ibu bapa pengantin perempuan dahulu. Setelah selesai, pengantin perempuan dibawa keluar dan dipersilakan menjamah seberapa banyak tapai yang disukainya. Kemudian pengantin perempuan dibawa keluar dan rumahnya untuk dibawa ke rumah pengantin lelaki. Ketika itu pukulan 'egal' iaitu pukulan gong besar dan gong kecil akan didendangkan. Pukulan istimewa ini dipalu untuk memberi semangat selamat jalan kepada pengantin perempuan. Pada masa inilah berlaku tangis-tangisan di pihak pengantin perempuan kerana sedih dengan perpisahan itu. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dijauhi ketika rombongan pengantin berangkat ke rumah pengantin lelaki.
Menurut Johan Aziz (1980: 36-38) Mangalang Ngajat Tarian ini popular di kalangan suku kaum Murut dan berasal dari kawasan Pensiangan. Biasanya ditarikan dalam ruangan rumah panjang oleh seorang penari lelaki, sementara penari perempuan tidak terhad bilangannya asalkan berpasangan. Tarian ini merupakan satu tradisi suku kaum Murut Pensiangan, terutama sekali apabila menyambut kepulangan seorang pahlawan dari berperang dan juga ditarikan dimusim menghantar berian perkahwinan. Dalam satu upacara kaum lelaki menarik tarian ini dengain memakai sepulu sebagai perhiasan di kepala, baju yang biasanya berwarna hitam disebut sampoi dan memakai cawat yang diperbuat daripada kain putih, merah dan hitam, serta memegang sebilah pailang. Pakaian penari perempuan di bahagian kepala disebut ‘salupa’ diperbuat daripada kain berwarna hitam yang diberi nama sampoi, manakala kain tepi pula disebut pinangkolog. Tarian ini serupa dengan tarian suku kaum Murut Kalimantan Timor Indonesia. Biasanya ditarikan dengan iringan pukulan lima biji gong.


















Murut Tahol


Menurut Kamus Dewan edisi keempat, suku kaum Murut adalah suku kaum pribumi Sabah yang tinggal di daerah Tenom, Keningau, Sipitang, Pensiangan, dan Nabawan. Kegiatan utamanya adalah menanam padi huma, berburu dan memungut rotan, madu lebah dan damar. Mereka tinggal di rumah panjang dan hidup dalam keluarga yang besar.

Masyarakat Murut merupakan suku bangsa yang tertua sekali di Sabah, dan dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Cara hidup mereka hampir sama dengan cara hidup bangsa Mois iaitu Orang Asli negeri tersebut. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dengan orang Dayak di Sarawak. Kawasan penempatan mereka ialah di daerah Tenom, Sapulut, Rundum, dan Sipitang. Berikut dipaparkan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Murut di Sabah. Murut Tahol atau lebih di kenali sebagai Murut Tagal tinggal di kawasan pedalaman Daerah Nabawan yang hampir dengan kawasan Kalimantan Indonesia.



Sepulut


Sapulut berada dalam Daerah Nabawan. Sapulut terletak di sepanjang Sungai Sapulut. Sapulut terletak berdekatan dengan Gunung Antulai (1,713 meter). Kawasan yang hampir dengan Sapulut adalah Batu Punggul iaitu sebuah kawasan peranginan. Kaum yang mendominasi Sapulut adalah dari kaum Murut Tahol. Sepanjang Sungai Sapulut terdapat banyak kampung-kampung di bahagian kiri dan kanan. Mereka mendirikan petempatan di sepanjang sungai Sapulut.



Nabawan.


Nabawan terletak di Pedalaman Sabah iaitu di bahagian Pantai Timur kepulauan Borneo. Populasi penduduk dianggarkan seramai 23,890 orang pada tahun 2000 dan kebanyakannya daripada etnik Murut. Daerah Nabawan meliputi kawasan 6089 km. Terletak di bahagian Selatan Sabah dan bersempadan dengan Tawau dan Kinabatangan di bahagaian Timur manakala Keningau dan Tenom di bahagian Barat Sabah.

Sabah


Menurut Ismaily Bungsu (1995:29-30), Sabah mempunyai ruang seluas 27,500 km persegi, di kelilingi oleh pantai sepanjang 1440 dari Sipitang ke Tawau. Berjiran dengn Filipina di sebelah Utara dan bersempadan dengan Kalimantan Timur Indonesia, Brunei dan Sarawak di sebelah Selatan. Sabah mempunyai 31 etnik kaum dan mempunyai 80 dialek selain Bahasa Melayu.

Mengikut pendapat Lee Yong Leng (1982:1), Borneo utara iaitu negeri Sabah terletak d bahagian utara Pulau Borneo. Seluruh wilayahnya terletak dalam kawasan tropika, garis lintang 3 42’ U di Puncak Sungai Padas ke 7 2’U di Semenajnung Kudat. Pulau ini meruncing ke bahagian Utara. Sehingga tidak ada satu pun tempat di sabah yang jauhnya luas saeratus batu dari laut.

Negeri Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu:Kudat, Pantai Barat - Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Semporna dan Lahad Datu.