Thursday, September 24, 2009

PERKAHWINAN MASYARAKAT MURUT TAGAL DAHULU


Secara umumnya sistem perkahwinan Murut Tagal adalah unik dan tersendiri tetapi prosesnya agak kompleks dan rumit. Perkahwinan antara suku Tagal adalah digalakkan untuk membina jalinan keluarga yang besar dan mengembangkan suku Tagal. Mereka tidak menggalakkan perkahwinan dengan bangsa lain atau orang luar (vokun atau oko). Anak-anak digalakkan berkahwin dengan bangsa sendiri (pahaka). Ini membolehkan purut atau berian berada dalam lingkungan suku Tagal. Perkahwinan suku Tagal agak unik kerana ia menjadi tanggungjawab apabila salah seorang adik beradiknya yang berkahwin meninggal dunia, mereka boleh mengambil janda tersebut menjadi isterinya. Sekiranya si mati belum habis menjelaskan berian si penganti haruslah menjelaskan berian tersebut. Upacara menjelaskan berian disebut panalaan ra mato. Nantunang atau timumang adalah perlu sebelim gadis dan teruna Murut Tagal menuju ke alam rumahtangga. Pada hari pertunangan pihak lelaki membawa bungkas dan tapi ke rumah pihak perempuan untuk membincangkan hal perkahwinan. Setelah bersetuju, keluarga pihak perempuan akan memberikan pupulut iaitu senarai barangan keperluan perkahwinan.


Hantaran atau mas kahwin perkahwinan Murut Tagal memerlukan perbelanjaan yang besar dengan berian seperti tawak (gong), tajau, pakaian, kain, manik, barang kemas, generator, barangan keperluan seperti barang dapur, parang, sumpit, duit, makanan dan minuman seperti tapai dan beras. Mas kahwin atau hantaran ini boleh dilakukan dalam dua cara iaitu pertama, cara akilimpuhu iaitu pihak lelaki boleh membawa semua barangan yang di minta pada hari perkahwinan dan cara kedua ialah cara berian iaitu sekiranya pihak lelaki tidak cukup pupulut (barangan mas kahwin), pihak perempuan boleh menangguhkan berian secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat sehingga ke satu tarikh akhir disebut tinauh walaupun sudah mempunyai anak atau cucu. Sekiranya si lelaki sudah meninggal dunia dan pupulut belum dijelaskan dia masih dianggap berhutang kepada keluarga si perempuan. Sekiranya dia mempunyai anak perempuan dan telah berkahwin maka segala pupulut hendaklah diserahkan kepada mentuanya sebagai menjelaskan hutang yang tertunggak. Pupulut juga mesti dibuat dalam penuh istiadat.


Orang-orang Tagal dikatakan suka berpesta disertai dengan cara adat seperti apasawang (majlis berian pulut). Ia biasanya dijalankan dalam masa lima hari empat malam. Apasawang juga diadakan sempena kelahiran anak pertama. Jamuan perkahwinan disertai dengan tapai, tamba pait (jeruk ikan), tamba ulak (jeruk daging). Pesta ini akan berlarutan sehingga larut malam atau ke pagi. Upacara minum tapai adalah wajib, mereka akan bergilir-gilir menyedut tapai menggunakan buluh kecil sambil diiringi dengan tarian lansaran dan ahilalangkut (berbalas pantun)

Wednesday, August 19, 2009

Adat Perkahwinan kaum Murut di Sabah

Adat istiadat majlis perkahwinan orang Murut lazimnya akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Kelazimannya upacara perkahwinan dilangsungkan selama lima hari berturut-turut. Tiga hari yang pertama dijalankan di rumah pengantin perempuan manakala hari selebihnya dilangsungkan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan memakai pakaian asli gadis Murut dan berhias cantik pada hari tersebut. Sekumpulan gadis yang dikenali sebagai tambuloi dipertanggungjawabkan untuk menghias pengantin perempuan. Setelah bersiap, pengantin perempuan duduk di dalam sebuah bilik khas yang ditabiri beberapa helai kain dari jenis yang mahal. Seterusnya, ibu bapa pengantin lelaki akan masuk untuk membawa menantu mereka keluar. Tetapi sebelum itu, mereka perlu membayar harga kain yang menabiri pintu bilik tersebut dengan nilai yang telah dibuat dengan ibu bapa pengantin perempuan dahulu. Setelah selesai, pengantin perempuan dibawa keluar dan dipersilakan menjamah seberapa banyak tapai yang disukainya. Kemudian pengantin perempuan dibawa keluar dan rumahnya untuk dibawa ke rumah pengantin lelaki. Ketika itu pukulan 'egal' iaitu pukulan gong besar dan gong kecil akan didendangkan. Pukulan istimewa ini dipalu untuk memberi semangat selamat jalan kepada pengantin perempuan. Pada masa inilah berlaku tangis-tangisan di pihak pengantin perempuan kerana sedih dengan perpisahan itu. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dijauhi ketika rombongan pengantin berangkat ke rumah pengantin lelaki.
Menurut Johan Aziz (1980: 36-38) Mangalang Ngajat Tarian ini popular di kalangan suku kaum Murut dan berasal dari kawasan Pensiangan. Biasanya ditarikan dalam ruangan rumah panjang oleh seorang penari lelaki, sementara penari perempuan tidak terhad bilangannya asalkan berpasangan. Tarian ini merupakan satu tradisi suku kaum Murut Pensiangan, terutama sekali apabila menyambut kepulangan seorang pahlawan dari berperang dan juga ditarikan dimusim menghantar berian perkahwinan. Dalam satu upacara kaum lelaki menarik tarian ini dengain memakai sepulu sebagai perhiasan di kepala, baju yang biasanya berwarna hitam disebut sampoi dan memakai cawat yang diperbuat daripada kain putih, merah dan hitam, serta memegang sebilah pailang. Pakaian penari perempuan di bahagian kepala disebut ‘salupa’ diperbuat daripada kain berwarna hitam yang diberi nama sampoi, manakala kain tepi pula disebut pinangkolog. Tarian ini serupa dengan tarian suku kaum Murut Kalimantan Timor Indonesia. Biasanya ditarikan dengan iringan pukulan lima biji gong.


















Murut Tahol


Menurut Kamus Dewan edisi keempat, suku kaum Murut adalah suku kaum pribumi Sabah yang tinggal di daerah Tenom, Keningau, Sipitang, Pensiangan, dan Nabawan. Kegiatan utamanya adalah menanam padi huma, berburu dan memungut rotan, madu lebah dan damar. Mereka tinggal di rumah panjang dan hidup dalam keluarga yang besar.

Masyarakat Murut merupakan suku bangsa yang tertua sekali di Sabah, dan dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Cara hidup mereka hampir sama dengan cara hidup bangsa Mois iaitu Orang Asli negeri tersebut. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dengan orang Dayak di Sarawak. Kawasan penempatan mereka ialah di daerah Tenom, Sapulut, Rundum, dan Sipitang. Berikut dipaparkan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Murut di Sabah. Murut Tahol atau lebih di kenali sebagai Murut Tagal tinggal di kawasan pedalaman Daerah Nabawan yang hampir dengan kawasan Kalimantan Indonesia.



Sepulut


Sapulut berada dalam Daerah Nabawan. Sapulut terletak di sepanjang Sungai Sapulut. Sapulut terletak berdekatan dengan Gunung Antulai (1,713 meter). Kawasan yang hampir dengan Sapulut adalah Batu Punggul iaitu sebuah kawasan peranginan. Kaum yang mendominasi Sapulut adalah dari kaum Murut Tahol. Sepanjang Sungai Sapulut terdapat banyak kampung-kampung di bahagian kiri dan kanan. Mereka mendirikan petempatan di sepanjang sungai Sapulut.



Nabawan.


Nabawan terletak di Pedalaman Sabah iaitu di bahagian Pantai Timur kepulauan Borneo. Populasi penduduk dianggarkan seramai 23,890 orang pada tahun 2000 dan kebanyakannya daripada etnik Murut. Daerah Nabawan meliputi kawasan 6089 km. Terletak di bahagian Selatan Sabah dan bersempadan dengan Tawau dan Kinabatangan di bahagaian Timur manakala Keningau dan Tenom di bahagian Barat Sabah.

Sabah


Menurut Ismaily Bungsu (1995:29-30), Sabah mempunyai ruang seluas 27,500 km persegi, di kelilingi oleh pantai sepanjang 1440 dari Sipitang ke Tawau. Berjiran dengn Filipina di sebelah Utara dan bersempadan dengan Kalimantan Timur Indonesia, Brunei dan Sarawak di sebelah Selatan. Sabah mempunyai 31 etnik kaum dan mempunyai 80 dialek selain Bahasa Melayu.

Mengikut pendapat Lee Yong Leng (1982:1), Borneo utara iaitu negeri Sabah terletak d bahagian utara Pulau Borneo. Seluruh wilayahnya terletak dalam kawasan tropika, garis lintang 3 42’ U di Puncak Sungai Padas ke 7 2’U di Semenajnung Kudat. Pulau ini meruncing ke bahagian Utara. Sehingga tidak ada satu pun tempat di sabah yang jauhnya luas saeratus batu dari laut.

Negeri Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu:Kudat, Pantai Barat - Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Semporna dan Lahad Datu.

Friday, July 31, 2009

Sejarah Sabah dan Kaum Sabah

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

Negeri Sabah terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42' ke utara dan garis bujur di antara 1150 20' hingga 1190 15' ke timur. Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya. Negeri Sabah dalam zaman penjajahan dikenali sebagai North Borneo [Borneo Utara]. Pada asalnya, nama 'Sabah' itu merupakan nama asli penduduk peribumi di Sabah bagi bahagian tertentu di pantai barat laut, khususnya yang telah digunakan secara rasmi pada tahun 1877 sempena penganugerahan gelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von Overbeck (salah seorang pengarah syarikat British North Borneo Company) oleh Sultan Brunei, Abdul Momin (1852-85). Kawasan 'Sabah' ketika itu adalah merujuk kepada semua wilayah, sungai, daratan dan daerah yang terletak di dalam kawasan antara Teluk Kimanis di pantai barat laut Borneo dengan Sungai Sibuko di pantai timur. Di antara 21 Jun 1877 dan 22 Januari 1878, kawasan-kawasan tersebut telah disewakan kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara oleh Sultan Abdul Momin Brunei, Pengiran Temenggung Sahibul Bahar Brunei, dan Sultan Jamal Al-Alam Sulu. Istilah 'Sabah' ini secara beransur-ansur digunakan untuk merujuk kepada wilayah Borneo Utara tetapi istilah ini mula digunakan secara rasmi sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui kemasukannya dalam Persekutuan Malaysia.Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagan pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman.Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran, iaitu sejumlah 23 buah daerah keseluruhannya diu Sabah. Kinabatangan merupakan daerah yang terbesar dengan keluasan 17,594 kilometer persegi. Manakala Kota Kinabalu adalah daerah yang terkecil sekali dengan keluasan 350 kilometerpersegi. Manakala bagi wilayah Sabah, menurut andaian setakat ini menyebut bahawa masyarakat manusia di Sabah pada awalnya adalah terdiri daripada beberapa suku etnik peribumi asli yang kemudiannya telah berubah menjadi sebuah masyarakat majmuk terutamanya ekoran daripada proses migrasi yang mula berlaku seawal-awalnya pada kurun masihi yang ke-10 lagi daripada Tanah Besar China, India, Kepulauan Philipina dan Sulu, Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain.
Mengikut bancian rasmi tahun 1980, penduduk negeri Sabah berjumlah kira-kira 1,002,698 orang. Masyarakat negeri ini terdiri 29 kumpulan suku etnik yang dikelaskan sebagai Bumiputra, 12 kumpulan etnik bukan Bumiputra; termasuk 6 kumpulan suku etnik Cina dan selebihnya adalah berketurunan Pakistan, India, Eropah, dan lain-lain. Pada amnya kumpulan-kumpulan etnik dan suku etnik tersebut biasanya digolongkan ke dalam tiga kumpulan etnik utama, iaitu Bumiputra Melayu-Islam, Bumiputra bukan Melayu, dan Cina. Tegasnya, sehingga kini masih tidak ada bukti secara nyata tentang kewujudan satu etnik asli di Sabah.Penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayaan, Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Dusun dan Murut merupakan dua kumpulan kaum yang terbesar bilangannya. Mereka mewaikili lebih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah dalam kurun masehi ke-19. Pada keseluruhannya penduduk peribumi merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada penduduk Borneo Utara ketika itu. Namun peratusan ini mula merosot sekitar akhir kurun masehi ke-19, khususnya setelah kemasukan kaum pendatang seperti Cina sejak tahun 1887. Pihak penjajah terus menerus mengambil pekerja-pekerja upahan dari luar mengakibatkan berlakunya kemasukan beramai-ramai tanpa sekatan kemudian, terutamanya daripada Kalimantan dan Filipina.

Sebagai Rujukan
Bajau, West Coast

[bdr] 40,000 (1982). Kuala Penyu to Kudat, northern and some eastern areas, west coast of Sabah. Alternate names: Land Bajaw, West Coast Bajao. Dialects: Kota Belud, Kawang, Putatan, Papar, Banggi, Sandakan Bajau, Pitas Bajau. Diversified in structure more than other Borneo languages. Related to, but a distinct language from Sama (East Coast Bajau) groups of Malaysia and Philippines, and Indonesian Bajau (K. Pallesen 1977). 60% intelligibility of Sama. Papar dialect used in national broadcasting. May be more than one language. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Borneo Coast Bajaw


Balangingi
[sse] 30,000 in Malaysia (1977 SIL). Population includes all East Coast Bajau (Sama), including Kagayan (Sama Mapun) and Southern Sama. East coast of Sabah. Alternate names: Balangingi Bajau, Baangingi', Northern Sinama, Balanian, Balagnini, Balanini, Balignini, Binadan, Banadan, Sama. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Inner Sulu Sama


Banjar
[bjn] 900,000 in Malaysia (1993). Tawau. Alternate names: Banjarese, Bandjarese, Banjar Malay. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Malayic, Malayan, Local Malay

Bisaya, Sabah
[bsy] 15,822 (2000 WCD). On the coast north of and around Brunei Bay, mainly in west Beaufort along Padas River, south of Weston, and south Kuala Penyu District to coast. Alternate names: Basaya, Besaya, Bisaia, Bisayah, Jilama Bawang, Jilama Sungai. Dialects: 90% intelligibility of Tatana. Lexical similarity 58% with Sarawak Bisaya, 57% to 59% with Brunei Bisaya ('Dusun'). Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Bisaya

Dusun, Central
[dtp] 140,500 (1991 SIL). Population includes 50,000 Ranau (1989 UBS), 70,000 Bundu (1990 UBS), 500 (?) Kuala Monsok Dusun (1981 Wurm and Hattori). Beaufort, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kinabatangan, Keningau, Labuk-Sugut, Penampang, Papar, Ranau, Tambunan, Tenom, Tuaran, and Tawau districts. Alternate names: Dusun, Dusan, Dusum, Dusur, Kadayan, Kedayan, Kadasan, Central Kadazan. Dialects: Dusun Sinulihan (Sinulihan), Kadazan-Tagaro (Tagaro), Kiundu, Pahu', Sokid, Tindal, Menggatal (Kiulu, Telipok), Ranau, Bundu (Taginambur), Beaufort, Luba, Kuala Monsok Dusun. Ranau dialect is different from Ranau in Sumatra, Indonesia. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun, Central


Dusun, Sugut
[kzs] 12,225 (2000 WCD). Headwaters of the Sugut River, Labuk-Sugut District. Alternate names: Dusun, Sugut, Sugut Kadazan, Kadayan, Tanggal, Tilau-Ilau. Dialects: Tinagas, Talantang. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun, Central


Dusun, Tambunan
[kzt] 15,553 (2000 WCD). Throughout Tambunan District and parts of Keningau. Alternate names: Tambunan. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun, Central

Dusun, Tempasuk
[tdu] 6,000 (1981 Wurm and Hattori). Area around Tempasuk village, Kota Belud. Alternate names: Tindal, Kedamaian Dusun, Tampasuk, Tampassuk, Tampasok, Tempasok. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun, Central

Gana
[gnq] 2,000 (1985 SIL). Minusut and Kuangoh, Keningau District along the Baiaya River, a tributary of the Pegalan River, north of Keningau town. Alternate names: Ganaq, Gana', Minansut, Keningau Dusun. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun

Ida'an
[dbj] 6,000 (1987 SIL). Population includes 1,500 Begahak. East coast of Sabah, Lahad Datu, Kinabatangan, and Sandakan districts. Alternate names: Eraans, Bulud Upi, Idaan, Idahan, Idan, Idayan. Dialects: Begak (Begahak, Bagahak), Subpan (Supan, Sungai), Ida'an. Not closely related to other languages. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Ida'an


Iranun
[ill] 12,000 (2003). 17 villages around Lahad Datu and Kota Belud districts; also reported to be in Kudat and Marudu. Alternate names: "Ilanun", Illanun, Illanoan, Illanoon, Iranon Maranao, Iranum, Lanoon, Ylanos, Lanun, Illanos. Dialects: Most closely related to Maranao of the Philippines (85% intelligibility). Related to, but distinct from, Iranun and Maguindanao of the Philippines. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Southern Philippine, Danao, Maranao-Iranon

Kadazan, Coastal
[kzj] 60,000 (1986 SIL). West coast of Sabah, Penampang, and Papar districts. Alternate names: Penampang Kadazan, Papar Kadazan, Membakut Kadazan, Kadazan Tangaa'. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun

Kadazan, Klias River
[kqt] 1,000 (1984 SIL). Klias River area, Beaufort District. Dialects: Low intelligibility of Coastal Kadazan. Lexical similarity 77% with Tatana. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun

Kadazan, Labuk-Kinabatangan
[dtb] 20,583 (2000 SIL). Population includes 14,000 to 16,000 Labuk (1987 SIL), 7,000 to 8,000 Sungai (1982 SIL). Northeast Sabah, Sandakan, Labuk-Sugut, and Kinabatangan districts. Alternate names: Eastern Kadazan, Labuk Kadazan, Sogilitan, Tindakon, Tompulung. Dialects: Mangkaak (Mangkahak, Mangkok, Mangkak), Sukang, Labuk, Lamag Sungai (Sungei). Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun, Eastern

Kalabakan
[kve] 2,229 (2000 WCD). Tawau District along the Kalabakan River. Alternate names: Kalabakan Murut, Tawau Murut, Tidung. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Tidong

Keningau Murut

[kxi] 7,001 (2000 WCD). Population includes 1,000 to 1,200 Dusun Murut (1985 SIL). All Murut in Sabah 34,282 (1980 census). Keningau District within a 10-mile radius to the north of Keningau town along the Pegalan River. Alternate names: Central Murut. Dialects: Nabay (Nabai, Nebee, Dabay, Dabai, Rabay, Rabai), Ambual, Dusun Murut. Close to Bookan and Timugon. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Murut

Kimaragang
[kqr] 10,000 (1987 SIL). Population includes 6,000 Tandek, 2,000 Sonsogon. Kota Marudu and Pitas districts. Alternate names: Kimaragan, Kimaragangan, Maragang, Marigang. Dialects: Tandek (Garo), Pitas Kimaragang, Sandayo, Sonsogon. Dandun is somewhat different. Intelligibility of Sandayo with other dialects needs testing. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun
Kinabatangan, Upper[dmg] 7,856 (2000 WCD). Population includes 500 Dusun Segama and 800 to 900 Sinabu' (1985 SIL). Primarily the upper reaches of the Kinabatangan River, also Lahad Datu and Sandakan districts, Maligatan, Minusu, and Tongud. Dialects: Kalabuan (Kolobuan), Makiang, Dusun Segama (Saga-I, Soghai, Segai), Sinabu' (Sinabu). Dialects have approximately 87% intelligibility between them. Lexical similarity over 90% among all dialects, except Makiang and Sinabu' with 80%. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Paitanic, Upper Kinabatangan


Kota Marudu Talantang
[grm] 1,797 (2000 WCD). Kota Marudu District, in Talantang 1 and Talantang 2. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun

Kota Marudu Tinagas
[ktr] 1,250 (1985 SIL). Southern Kota Marudu and Parong, a migrant village in northern Kota Marudu. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun, Central

Kuijau
[dkr] 7,910 (2000 WCD). Keningau District to the west and north of Keningau town within a 12-mile radius. Alternate names: Kijau, Kujau, Kwijau, Minansut, Kuliow, Kuiyow, Kuriyo, Koijoe, Menindal, Tindal, Menindaq, Tidung, Hill Dusun. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun

Lobu, Lanas
[ruu] 2,800 (1986 SIL). Population includes 2,000 in Lobu, 800 in Rumanau. Lobu in Keningau District near Lanas, Rumanau in Masaum, Mangkawagu, Minusu, Kinabatangan District. Dialects: Lobu, Rumanau (Rumanau Alab, Romanau, Roomarrows). Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Paitanic, Upper Kinabatangan

Lobu, Tampias
[low] 1,800 (1985 SIL). 3 villages in Ranau around Tampias. Dialects: High intelligibility of Upper Kinabatangan. Lexical similarity 73% with Lanas Lobu. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Paitanic, Upper Kinabatangan

Lotud
[dtr] 5,000 (1985 SIL). Tuaran District, just north of Kota Kinabalu, a 10-mile radius around Tuaran town. Alternate names: Latod, Latud, Suang Lotud, Tuaran Dusun. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun

Minokok
[mqq] 2,000 (1981 Wurm and Hattori). Headwaters of Kinabatangan River. Dialects: Closest to Labuk-Kinabatangan Kadazan and Kimaragang. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun, Central


Paluan
[plz] 3,677 (2000 WCD). Population includes 3,000 Paluan, 1,000 to 2,000 Pandewan. Sabah, Tenom, Keningau, and Pensiangan districts along some tributaries of the Padas River, and along the Dalit, Keramatoi, Nabawan, Pamentarian, and Mesopo rivers, and the lower Sook River valley, and the headwaters of the Talankai and Sapulut rivers. Dialects: Paluan (Peluan), Dalit Murut, Sook Murut, Takapan, Makaheeliga (Makialiga), Pandewan (Pandewan Murut). Closest to Tagal Murut. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Murut

Rungus
[drg] 15,000 (1991 UBS). Kudat, Pitas, and Labuk-Sugut districts. Alternate names: Dusun Dayak, Melobong Rungus, Memagun, Memogun, Momogun, Roongas, Rungus Dusun. Dialects: Nulu, Gonsomon, Rungus. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun

Sama, Central
[sml] Southeastern Sabah, especially Semporna District. Alternate names: Siasi Sama, Central Sinama, Samal, Sinama. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Inner Sulu Sama

Sama, Southern
[ssb] 20,000 in Malaysia. East, north, and west coasts: Banggi, Kota Belud, Gaya Island, Kuala Penyu. Alternate names: Sama Sibutu', Southern Bajau. Dialects: Bajau Banaran, Bajau Darat, Bajau Laut (Mandelaut, Pala'au, Sama Laut, Sama Mandelaut, Sama Pala'au, Sea Bajau, Sea Gypsies), Bajau Semporna (Bajau Asli, Kubang, Sama Kubang), Laminusa (Laminusa Sinama), Sibutu (Sibutuq, Sama Sibutu, Samah-Samah, Samah Lumbuh), Simunul (Sama Simunul), Sikubung (Kubung, Sama Kubung), Sama (A'a Sama, Sama', Samah, Samal, Samar), Ubian (Obian, Sama Ubian, Tau Ubian). Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Sama-Bajaw, Sulu-Borneo, Inner Sulu Sama

Selungai Murut
[slg] 373 in Malaysia (2000 WCD). Pensiangan District, 1 village, along the Sapulut River from the confluence with the Pensiangan River south to the Indonesian border. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Murut



Sembakung Murut
[sbr] 6,666 in Malaysia (2000 WCD). Population total all countries: 9,847. Along the Sembakung River in northern Kalimantan, Indonesia, from the mouth upstream possibly as far as Sabah. Also spoken in Indonesia (Kalimantan). Alternate names: Tinggalan, Tinggalum, Tingalun, Simbakong, Sembakoeng, Sembakong, Tidong, Tidoeng, Tidung. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Tidong


Serudung Murut
[srk] 1,000 (1989 SIL). Tawau District along the Serudung River and one village 12 miles from Tawau town. Alternate names: Serudong, Tawau Murut, Tidung. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Tidong


Tagal Murut
[mvv] 46,054 in Malaysia (2000 WCD). Population total all countries: 48,054. Pensiangan, Keningau, Tenom, Sipitang districts over the whole southwestern portion of Sabah, south into Kalimantan, Indonesia. Also spoken in Indonesia (Kalimantan). Dialects: Rundum (Arundum), Tagal (Taggal, Tagul, Tagol, North Borneo Murut, Sabah Murut), Sumambu (Semembu, Semambu, Sumambuq), Tolokoson (Telekoson), Sapulot Murut (Sapulut Murut), Pensiangan Murut (Pentjangan, Lagunan Murut), Salalir (Sadalir, Sedálir, Saralir), Alumbis (Lumbis, Loembis), Tawan, Tomani (Tumaniq), Maligan (Mauligan, Meligan, Bol Murut, Bole Murut). Closest to Paluan. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Murut


Tatana
[txx] 5,500 (1982 SIL). Kuala Penyu District. Alternate names: Tatana', Tatanaq. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Bisaya
Tebilung
[tgb] 2,000 (1984 SIL). Kota Marudu District, on the road from Kota Belud to Kudat, and in Kota Belud. Alternate names: Tabilong, Tobilang, Tobilung. Dialects: Low intelligibility of Central Kadazan, Kimaragang. Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Dusunic, Dusun

Tidong
[tid] 9,800 in Malaysia (1982 SIL). Sabah, Labuk-Sugut, Sandakan, and Tawau districts. Population center is along northeast coast of Kalimantan, Indonesia. Alternate names: Camucones, Nonukan, Tedong, Tidoeng, Tiran, Tirones, Tiroon, Zedong. Dialects: Tarakan (Terakan), Sesayap (Sesajap). Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Tidong

Timugon Murut
[tih] 12,098 (2000 WCD). Population includes 1,200 to 1,700 in Beaufort Murut (1982 SIL). Tenom District along the Padas River from Melalap to Batu, and Beaufort District along the Bukau and lower Padas rivers. Alternate names: Timugon, Timogun, Timigan, Timigun, Timogon, Tumugun, Temogun, Tenom Murut. Dialects: Kapagalan, Poros, Beaufort Murut (Binta'), Timugon, Sandiwar (Sandewar), Dabugus, Lower Murut, Murut Padas, Bukau (Bukow). Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, North Sarawakan, Dayic, Murutic, Murut

Tombonuwo
[txa] 20,000 (1991 UBS). Population includes 3,000 Lingkabau. Labuk-Sugut, Kota Marudu, and Pitas districts. Alternate names: Tombonuo, Tombonuva, Tambanuo, Tambanua, Tambanuva, Tambanwas, Tambenua, Tambunwas, Tembenua, Tunbumohas, Tumbunwha, Paitan, Sungai, Sungei, Lobu. Dialects: Lingkabau Sugut (Linkabau). Classification: Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Sabahan, Paitanic

Thursday, July 30, 2009

Kaum Murut di Sapulut, Sabah


Sabah juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Menurut Agnes Keith (1981), gelaran Negeri di Bawah Bayu bukan merujuk kepada negeri Sabah sahaja tetapi juga merujuk kepada kawasan di Selatan Sulu. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan terdapat sebanyak 80 dialek bahasa yang digunakan. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu Kudat, Pantai Barat-Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Sandakan dan Tawau.

Penduduk Sabah terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus, Kedayan, Brunei, Lundayeh, Rungus,Iranun, Ida’an, dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum. Tiga suku kaum utama di Sabah iaitu masyarakat Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.
Gambar pelbagai kaum yang terdapat di Negeri Sabah
Suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan kaum terbesar di Sabah iaitu mewakili satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah dan majoritinya tinggal di Pantai Barat. Suku kaum yang tergolong dalam suku Kadazan-Dusun ialah Rungus, Lotud, Tambonuo, Kimaragang, Sanayo, Minakok dan Tenggera. Suku kaum Bajau merupakan suku kaum kedua terbesar di Negeri Sabah. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur.
Seterusnya suku kaum ketiga terbesar ialah suku kaum Murut yang tinggal di Selatan Pantai Barat. Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.

Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalammembuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. (Gambar menunjukkan Prof. Marina dan pelajar UPSI melawat Rumah Panjang Kg. Sandukan (b) Nabawan Sabah sempena perkahwinan sahabat beliau). Selain itu Kaum Murut Pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini. Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan. Pengantin perempuan memakai 'Salupai' iaitu hiasan kepala yang di hiasi dengan manik-manik dan 'sinikot' hiasan di bahagian sanggul kepala yang mempunyai tali tali yang panjang yang di hiasi manik-manik dan lonceng-lonceng. Pakaian mereka di hiasi dengan manik-manik yang di jahit mengikut bentuk alam flora di sekeliling mereka.

Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.